Friday, March 12, 2010

Dah tak sampai sebulan lagi……..

Sungguh tak kusangka, masa berlalu begitu pantas. Saat yang dinanti pasti tiba….. tarikh yang nurse cakap hari tu 8 april 2010. tarikh keramat bg ku.. mungkin tepat, mungkin awal lg, mungkin lewat. Seperti cikgu-cikgu lain, aku bersiap sedia untuk mengambil cuti selama seminggu…….baby, kalau boleh keluarlah lepas cuti sekolah ni, boleh la abah sambung cuti…hehe…. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan isteriku ini…..

Dah tak sampai sebulan lagi……..

Sungguh tak kusangka, masa berlalu begitu pantas. Saat yang dinanti pasti tiba….. tarikh yang nurse cakap hari tu 8 april 2010. tarikh keramat bg ku.. mungkin tepat, mungkin awal lg, mungkin lewat. Seperti cikgu-cikgu lain, aku bersiap sedia untuk mengambil cuti selama seminggu…….baby, kalau boleh keluarlah lepas cuti sekolah ni, boleh la abah sambung cuti…hehe…. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan isteriku ini…..

Saturday, January 23, 2010

KELAHIRAN YANG DINANTI-NANTIKAN…


Alhamdulillah, bulan 2 ni dah masuk bulan ke-9, aku jd suami orang. Jadi ketua kepada seorang puteri yang amat kusayangi, Siti Mariam bt Hussin…sungguh pantas masa berlalu.. aku rasa macam semalam je diijabkabul…masih lagi terngiang-ngiang lafaz akad nikah sewaktu aku dinikahkan.
Sudah menjadi lumrah, Setiap yang berkahwin pasti ingin mendapat zuriat penyambung warisan. Alhamdulillah, aku rasa agak bertuah kerana Tuhan mengizinkan kehadiran orang baru dalam hidup kami tanpa mengambil masa yang agak lama.
Sedar xsedar kandungan istri ku dah nak msuk bulan ke 8 dah…. Macam xpercaya ja..subhanallah. dalam sebulan lebih lagi aku akan menjadi seorang abah/ayah/papa/abi.
Masih teringat lagi ketika zaujahku di awal kehamilannya. Banyak pengorbanan dan kesabaran telah aku lakukan…maklum la ni pengalaman pertama nk menyambut orang baru. Betul orang tua2 kata orang mengandung banyak kerenahnya, kereta aku yang ada air cond xboleh dibuka, nanti dia pening. Bau je ikan goreng, cepat2 je dia lari dari dapur. Kari pun sampai hari ni pun xboleh nk makan…tak tahan ngan bau katanya…
Kawan-kawan, kalau isteri berbadan dua kalau boleh kita kena sentiasa bersama mereka. Jaga makan minum pakaian. Kalau boleh tolong ringanken beban mereka…

Yam, abang mendoakan supaya yam dan kandungan yam selamat semasa bersalin. Semoga yam tenang menghadapi saat-saat genting. Sakit orang bersalin macam orang yang nak mati ibarat nyawa dihujung tanduk….nauzubillah. semoga anak yang bakal dilahirkan jadi anak yang soleh-solehah dan juga sihat anggota badan. Ya Allah selamatkanlah isteriku ini, kurniakanlah kami zuriat yang ramai, sihat anggota badan, Berjaya dunia dan akhirat….amin

assalamualaikum..


saja-saja aku buat blog ni...semua pakat dah ada tp aku baru nk start. saja-saja nk test ada blog best ke tak. saja-saja boring-boring buka blog, kawan2 kata seronok. saja-saja......... ini permulaan bagi ku....saja-saja dah lama baca blog orang, teringin jugak nk buat blog sendiri.....saja-saja nk isi masa lapang.... saja-saja ja. tp apa2 pun, aku harap saja-saja ni menjadi sesuatu yang bermakna dalam hidup ini...